Adra Sofia melangkah laju menuju ke kafe Lazathia
dimana tempat Ezzaidi Farhad bekerja. Dia harus bersemuka dengan lelaki itu
untuk mendapatkan penjelasan. Dari jauh dia melihat Ezzaidi Farhad sedang
menghantar pesanan yang dipesan oleh para pelanggan.
“Ezzaidi!” teriaknya dengan wajah masam mencuka.
Ezzaidi yang mahu melangkah ke dapur, tidak jadi melangkah. Dia segera memusingkan
badannya untuk berdepan dengan wanita itu. Hairan sungguh melihat wajah itu
cemberut, siap dengan pakej menjerit namanya lagi.
“You ni dah kenapa tiba-tiba nak menjerit ni?
Teringin nak buat konsert ke?”
“I nak cakap dengan you.” ujarnya memberitahu
tujuannya berkunjung ke kafe itu.
“You nak cakap apa sekalipun, you tunggu sampai I
habis kerja. Sekarang ni you sendiri nampak kan? Lunch hour, ramai pelanggan
yang I kena layan. Kalau you nak tunggu I, you tunggu la. Kalau tak, you datang
je la malam nanti.” balasnya memberi jawapan mudah. Dia sudah berkira-kira
untuk masuk semula ke dapur.
“Apa yang you buat ni Adra?” soal Ezzaidi dengan
wajah berang apabila wanita itu menarik kolar t-shirt polo yang dipakainya.
Beberapa mata sudah tertumpu ke arah mereka berdua.
“I kan dah cakap tadi, I ada benda nak cakap dengan
you. You ni tak faham bahasa ke?”
“You tu yang tak faham bahasa! I ada kerja, I kerja
dekat sini sebab nak cari duit. Kalau ini kafe bapak I, I tak payah nak
susah-susah perah keringat buat kerja. You tu, lainkali faham sikit keadaan
orang. Jangan main redah je.”
“I don’t care Ez. I tak peduli la you ada kerja ke tak ada kerja
ke, yang I tahu sekarang ni, I ada benda penting nak bincangkan dengan you.”
Adra Sofia menarik kasar tangan lelaki itu supaya mengikutnya. Kakinya berhenti
melangkah apabila melangkah keluar dari kafe itu. Tangan lelaki itu segera
dilepaskan.
“Apa pasal dengan you ni Adra? Kenapa tak boleh nak
faham yang I ni sedang berkerja? Kenapa nak kena kacau waktu kerja I?” Nada
suaranya sudah tidak terkawal. Pantang sungguh apabila waktu kerjanya diganggu.
“I cuma nak tanya you satu soalan, kenapa you pergi
sebarkan cerita tentang I keluar masuk kelab dengan Nazhan? You memang sengaja
kan nak tengok hubungan I dan Ruzail porak-peranda? You ni memang tak ada otak
ke Ez?” Keras kedengaran suaranya menujah gegendang telinga Ezzaidi.
“Apa yang you merepek ni? Dah lah tiba-tiba menyemak
dekat sini, lepas tu you nak tuduh I bukan-bukan pulak?”
“You tak payah nak buat-buat naif lah Ez. I tahu la,
you marahkan I sebab I keluar masuk hotel dengan lelaki bukan muhrim dan I biarkan
lelaki tu sentuh I. I tahu you caring
pasal I, tapi tak perlu la sampai nak report
dengan Ruzail tentang apa yang I cerita dekat you. Sejak bila mulut you bocor
ni?” Adra Sofia menyoal dengan sinis sekali. Tiada kata-kata mesra meniti di
bibir wanita itu seperti biasa mereka bersembang. Kali ini dia akui dia memang
sangat marah kepada Ezzaidi kerana dia menyangka lelaki itu yang menyebarkan
kisah tentang dirinya dan Nazhan kepada Ruzail.
“Bila masa pulak I pergi jumpa Ruzail dan sebarkan
tentang kecurangan you pada dia? You ni Adra, lainkali kalau bercakap tu,
pastikan you ada bukti-butki yang kukuh dulu baru you boleh nak serang I. Bukan
main suka-suka je datang sini dengan cara kurang adab macam ni.” Wajahnya sudah
menyeringai menahan api kemarahan. Adra ni pun satu hal, benda-benda macam ni
bukan boleh main tuduh saja. Wanita itu bukan tidak kenal dengan dirinya, namun
apabila dia dituduh sebegitu oleh wanita itu, hatinya sungguh terasa.
“Mana la I tahu. Masalahnya sekarang ni, I memang
tak ada jumpa Ruzail tanpa pengetahuan you. Ada pulak masa untuk sebarkan
cerita bodoh you tu dekat dia? You fikir I ni tak ada kerja lain ke?”
“You tahu tak, disebabkan perbuatan you, dia dah
curiga dengan I. Dia fikir I tak setia dan tak cintakan dia lagi. Dia dah mula
ragu-ragu dengan dia. Ini semua angkara hati busuk you tahu tak!” Dia menolak
dada bidang Ezzaidi melekap ke dinding. Ezzaidi yang tidak bersedia dengan
tindakan wanita itu tergamam beberapa saat.
“Kan I dah cakap I memang tak buat macam apa yang
you tuduh. You nak suruh I cakap macam mana lagi ni supaya kepala otak you tu,
boleh terima penjelasan I?” Ezzaidi sudah mula panas hati dengan sikap keras
kepala Adra Sofia.
“I tahu, memang you yang bagitahu dia. Tak ada orang
lain dah yang akan buat kerja-kerja macam tu. I nak ingatkan you ni Ez, jangan
sampai I tak mengaku yang you ni kawan baik I disebabkan you dah khianat I dari
belakang. Jangan sampai perkara tu terjadi. I
bet you don’t want to lose me.” Sinis kata-kata itu keluar dari mulut Adra
Sofia. Tidak menunggu lama, dia segera melangkah pergi untuk pulang semula ke
rumahnya. Dalam mindanya kini sedang terfikir, kalau bukan Ezzaidi yang
memberitahu kepada Ruzail tentang hubungannya dengan Nazhan, siapa lagi? Ah,
buntu dia memikirkannya.
“Siapa punya mulut longkang ni! Haish!” Ezzaidi
turut melangkah masuk ke dalam kafe untuk menyambung kembali kerjanya yang
tertangguh tadi gara-gara kedatangan mengejut Adra Sofia.
*****
“Abang, we
need to talk.” Nazhan yang baru sahaja pulang dari pejabat, berkira-kira
untuk merehatkan tubuh badannya di dalam bilik. Namun ketika dia melangkah
masuk ke dalam bilik, suara si isteri sudah menujah telinganya. Dengan wajah
malas dia membalas pandangan isterinya.
“Nak cakap apa? Awak tak nampak ke, saya baru balik
ni. Saya penat, nak rehat.” balasnya tanpa nada. Kebelakangan ini hubungannya
dengan Nuha semakin renggang kerana dia selalu tiada di rumah. Kemana lagi dia
pergi kalau bukan menghabiskan masa bersama Adra Sofia dan menguruskan
syarikat.
“Ni la alasan abang, setiap kali Nuha ajak bincang
tentang kita. Mesti abang nak mengelak, sampai bila abang nak larikan diri
daripada Nuha? Kenapa susah sangat nak duduk berbincang dengan Nuha?” soal
isterinya dengan wajah serius. Sudah lama dia cuba untuk berbincang dengan
suaminya tentang hubungan mereka yang sedang menanti retak, namun setiap kali
dia mencuba, Nazhan pasti akan memberi alasan demi alasan untuk melarikan diri.
“Dah memang abang penat, tak nampak ke abang baru
balik dari pejabat? Nuha ni, cuba lah faham sikit kepenatan seorang suami cari
rezeki untuk anak dan isteri. Abang tak minta banyak pun dari Nuha, abang cuma
nak Nuha faham kalau abang kata penat, maknanya jangan kacau abang.” Nazhan
melonggarkan tali leher lalu dia mencampak tali leher itu di atas sofa.
“Sekejap je bang, bukan lama pun.” Nuha merayu dengan
wajah simpati. Dia sangat merindu suaminya. Dulu, Nazhan tidak bersikap begini.
Layanan suaminya terhadap dirinya juga tidak sedingin ini dan suaminya
merupakan seorang lelaki yang romantis.
“Abang tak ada masa la nak layan Nuha. Mengada-ngada
sangat Nuha ni, macam budak kecil.” rungut Nazhan dengan wajah marah. Dia malas
mahu melayan isterinya, dia segera keluar dari bilik itu. Dia mahu keluar
semula kerana setiap kali pulang ke rumah, kepalanya berserabut dengan bebelan
isterinya.
“Abang! Apa masalah abang ni sebenarnya? Apa yang
tak cukup dengan Nuha ni? Kenapa abang sanggup curang dengan Nuha?” Akhirnya
soalan yang sudah lama bermain di dalam mindanya selama ini, dilontarkan kepada
si suami. Nazhan terkesima mendengar soalan daripada isterinya itu. Masakan
Nuha sudah mengetahui tentang hubungannya bersama Adra Sofia?
“Apa yang Nuha cakap ni? Bila masa pulak abang
curang dengan Nuha? Nuha jangan nak tuduh abang bukan-bukan boleh tak? Nuha ni
isteri abang, tak sepatutnya Nuha tanya soalan berbaur curiga dekat abang macam
tu. Mana kepercayaan dan kesetiaan Nuha pada abang selama ni?”
“Kenapa tanya Nuha? Sepatutnya, Nuha yang tanya
soalan tu dekat abang. Apa yang kurangnya Nuha ni abang, sampai abang sanggup
cari yang lain? Kita kahwin atas dasar cinta, kita kahwin atas tempeh
perkenalan dan percintaan selama 5tahun. Sanggup abang curang dengan Nuha hanya
kerana perempuan yang abang baru kenal tak sampai berapa tahun?” Nuha menoyal
dengan nada mendesak. Dia mahukan penjelasan daripada suaminya. Dalam pada masa
yang sama, dia tidak sanggup untuk melihat rumah tangganya hancur musnah begitu
sahaja kerana orang ketiga.
“Tak payah cakap soal cinta dengan abang la. Abang
tak nak dengar semua tu. Pada abang, cinta abang untuk Nuha dah lama mati.
Jangan tanya abang kenapa abang boleh berubah hati. Nuha sendiri faham kan hati
manusia berubah-ubah, abang manusia. Bukan robot yang Nuha boleh arahkan sesuka
hati Nuha.” balasnya tanpa memandang wajah Nuha yang setia merenung dirinya
dengan pandangan penuh kasih sayang. Dia tahu isterinya sangat mencintai
dirinya, namun apalah erti sebuah perkahwinan jikalau hatinya sudah berpaling
dan tidak mampu untuk setia dengan isterinya lagi.
“Tapi kenapa abang? Kenapa abang pilih untuk curang
dengan Nuha? Kita dah bahagia dah abang. Usia perkahwinan kita dah nak masuk
6tahun. Kita dikurniakan anak lelaki kembar. Apa yang tak cukup lagi abang?
Kenapa sampai abang sanggup biarkan rumah tangga kita diganggu oleh orang
luar?”
“Sebab aku dah tak cintakan kau lagi. Aku dapat
kebahagiaan yang tak akan mampu untuk aku kecapi kalau aku masih lagi bersama
dengan kau. Dah lah Nuha, apa yang kau nak sesalkan lagi? Aku lelaki, aku boleh
kahwin lebih daripada satu dan kau tak ada hak untuk halang. Tapi kau tak payah
la risau, aku masih fikirkan tentang anak-anak kita. Mungkin aku tak akan
ceraikan kau sebab aku sayangkan Adam dan Adha. Tapi kau kena faham, aku
teruskan perkahwinan kita, bukan sebab kau. Tapi sebab anak-anak kita, ingat
tu.” Fikirannya berkecamuk waktu itu. Entah mengapa dia yang selama ini tidak
pernah beraku-kau dengan isterinya, harini bertindak sekasar ini. Sungguh, di
dalam hatinya sudah tiada ruang untuk Nuha lagi. Dia sudah gila bayang terhadap
Adra Sofia, walaupun dia tahu, agak mustahil untuk dia memiliki gadis itu.
“Kenapa abang sanggup buat Nuha macam ni abang? Apa
yang lebihnya dia daripada Nuha? Apa abang?” Seperti tidak dapat menahan
emosinya sendiri, Nuha memukul-mukul dada bidang milik Nazhan dengan penuh rasa
kecewa. Tidak sangka lelaki yang dicintainya bertahun-tahun sanggup
mengkhianati cintanya.
“Memang silap aku, aku sangkakan aku tak akan jatuh
cinta dengan dia. Aku sangka yang aku hanya anggap dia kawan aku. Tapi aku
silap Nuha, bila kau selalu sibuk layan anak-anak kita, kadang-kadang tu kau
tak pedulikan aku yang penat balik dari kerja. Aku mula rasa tersisih Nuha, aku
mula rasa yang kau dah tak pedulikan aku lagi. Jadi kau jangan salahkan aku,
kalau aku cari perempuan lain untuk puaskan nafsu aku. Dan aku nak bagi amaran
dekat kau, jangan sesekali kau campur urusan peribadi aku. Nahas kau nanti!”
Keras kedengaran amarannya dengan wajah yang masih lagi serius tanpa segaris
senyuman.
“Kenapa abang? Kenapa pulak Nuha tak boleh masuk
campur urusan peribadi abang? Nuha ni isteri abang dan Nuha berhak untuk pertahankan
rumah tangga kita. Kalau perlu, Nuha akan bersemuka dengan perempuan tu
sendiri. Bukan Nuha tak tahu abang tergila-gila kan Adra Sofia, anak Dato’
Haslan tu kan? Nuha tahu lama dah bang, tapi Nuha nak tengok, sejauh mana abang
boleh tipu Nuha.”
“Kau jangan sibuk hal aku Nuha! Aku bagi amaran
dekat kau, jangan berani nak buat sesuatu di luar keizinan aku. Dengar cakap
aku ni. Dengan siapa aku nak keluar, dengan siapa aku nak berhubungan. Itu
bukan urusan kau. Kau hanya isteri aku di rumah dan bukan lagi teman aku di
ranjang. Aku dah tak dapat apa-apa kepuasan bila bersama kau Nuha. Kalau
ikutkan hati aku, memang dah lama aku ceraikan kau. Tapi aku tak akan buat
macam tu, aku nak tunggu anak-anak besar dulu. Kesian dekat masa depan diaorang
kalau kita bercerai-berai.” Ya, dia ingin sahaja melepaskan Nuha kerana sudah
tidak ada sedikit pun rasa sayang buat isterinya itu. Namun apabila fikir
tentang anak-anak yang masih kecil, dia tidak sampai hati untuk berbuat begitu.
“Nuha ada hak! Nuha masih lagi isteri abang! Walau
apa pun alasan abang, abang cakap yang abang dah tak ada apa-apa perasaan dekat
Nuha, tapi Nuha tetap sayang dan cintakan abang. Cuma Nuha merayu pada abang,
tinggalkan lah perempuan tu bang. Kita dah ada anak-anak yang perlukan kasih
sayang abang dan Nuha. Abang tak kesian dekat diaorang ke?” Air mata yang
ditahan sudah merembes keluar tanpa dapat dibendung. Kata-kata yang diucapkan
oleh Nazhan menghiris hati perempuannya. Benarlah, suaminya sudah benar-benar
berubah sehingga dia tidak mampu untuk menerima semua ini terjadi.
“Sebab aku fikir tentang Adam dan Adha la aku tak
ceraikan kau. Dah Nuha, jangan nak merayu dekat aku lagi. Lepas ni, aku tak nak
kita cakap apa-apa lagi tentang hal ni. Pada aku, semuanya dah jelas, dan aku
dah bagi penjelasan yang kau nak. Lepas ni buat macam biasa, jangan risau, aku
tak akan abaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Setiap bulan akaun bank
kau tak akan pernah tak ada duit.” Selesai sahaja berkata-kata, Nazhan segera
menghayunkan kakinya untuk menuju ke pintu utama rumah mereka. Nuha tidak pula
mengejar suaminya, hanya air mata yang semakin deras mengalir di pipinya
menemani hatinya yang terhiris luka. Perlahan-lahan dia terduduk di atas lantai
sambil menangis teresak-esak.
*****
“Ez, ibu perhatikan dari tadi Ez tak banyak cakap.
Masa makan tadi pun, Ez makan sikit je. Ibu masak tak sedap ke?” Puan Laila
menegur Ezzaidi yang sedang berehat di ruang tamu rumah mereka tanpa membuka
televisyen.
“Eh, mana ada ibu. Sedap je lauk ibu masak tadi. Ez
tak ada selera lah ibu. Sorry kalau
ibu terasa dengan Ez masa dekat meja makan tadi.” Ezzaidi sudah dipaut rasa
bersalah. Lekas-lekas dia meminta maaf kepada wanita yang banyak menabur jasa
kepada dirinya. Kalau bukan kerana kesudian ibu dan bapa saudaranya ini untuk
menjaga dirinya, sudah tentu dia tidak dapat merasa nikmat kasih sayang dalam
ikatan kekeluargaan.
“Tak ada apalah Ez. Mana ada ibu terasa dengan Ez.
Ni kenapa tak buka tv? Selalunya waktu-waktu macam ni Ez suka tengok drama
dekat Tv3 tu kan. Kenapa tak buka?”
“Hmm… Malam ni tak ada mood lah ibu nak tengok tv.”
ujarnya dengan nada perlahan. Sudah tentu ibunya menegurnya kerana mahu
mengorek cerita daripada dirinya. Puan Laila memang begitu, dia sangat prihatin
dan peka dengan setiap perubahan Ezzaidi.
“Kenapa? Ez ada masalah ke?”
“Eh, tak lah, Ez okey je ibu. Kenapa ibu tak tidur
lagi ni? Esok tak ada kelas ke?” soal Ezzaidi cuba untuk mengubah topik.
“Sekarang budak-budak degree tengah exam. Esok ibu
masuk kampus lewat sikit. Ez kenapa ni? Kalau ada masalah, Ez tahu kan yang Ez
boleh kongsi apa saja cerita dengan ibu?”
“Tak ibu. Betul, Ez tak apa-apa. Mungkin Ez penat
sikit kut dekat kafe tadi, hari ni ramai pelanggan.” ujar Ezzaidi cuba untuk
berdalih. Bukan dia tidak tahu jika dia berniat untuk menipu ibu saudaranya,
pasti wanita itu akan dapat menghidu yang dirinya cuba untuk berbohong.
“Yeke? Tadi Adra datang kafe kan?”
“Haah, dia kan memang selalu datang kafe nak
bersembang dengan Ez.”
“Tapi rasanya tadi Ez dengan Adra ada bergaduh kan?”
“Hmm… Siapa yang bagitahu ibu ni?” Sengaja dia
bertanyakan soalan itu. Bukan dia tidak tahu, siapa lagi yang menyampaikan
berita itu kepada ibu saudaranya itu kalau bukan anak sulung Puan Laila iaitu
Alya.
“Tak ada lah, Ez jangan marahkan Alya pulak. Dia
suruh ibu tanya Ez sebab dia risau Ez tak okey. Alya cakap lepas Adra pergi, Ez
macam tak ada mood nak buat kerja. Kenapa Ez? Gaduh apa dengan dia?” soalnya
lembut.
“Hmm… Entah lah ibu. Ada salah faham sikit. Tapi tak
sepatutnya Adra tuduh Ez bukan-bukan. Ez tak buat pun apa yang dia tuduh Ez tu.
Memang Ez terasa, bila dia tuduh Ez macam tu, seolah-olah dia tak kenal diri Ez
ni macam mana. Padahal dia kawan baik Ez dah bertahun-tahun dah ibu.” Ezzaidi
mula meluahkan rasa hatinya. Ya, dia terasa dengan sikap kasar gadis itu siang
tadi. Meskipun dia tahu Adra sememangnya seorang yang kasar apabila bersama
dengan dirinya, namun insiden siang tadi benar-benar membuatkan dirinya terasa
hati.
“Dia tuduh apa?”
“Dia tuduh Ez sengaja sebarkan cerita dekat kekasih
dia, si Ruzail tu yang dia ada lelaki lain selain daripada Ruzail. Memang Ez
akui, Adra ada cerita dengan Ez yang dia ada menjalinkan hubungan dengan
seorang bisness man ni di luar pengetahuan Ruzail. Tapi ibu tahu kan Ez jenis
macam mana? Ez bukan jenis yang suka sebar aib orang. Lagipun Adra tu kawan
baik Ez, tak mungkin Ez sanggup bocorkan rahsia dia.”
“Adra ada lelaki lain selain dari Ruzail?” soal Puan
Laila dengan nada terkejut. Bukan dia tidak mengenali Adra Sofia, anak
saudaranya itu kerap juga membawa Adra pulang ke rumah dan gadis itu sudah
mesra dengan mereka sekeluarga. Dia menyenangi sikap ramah Adra meskipun dia
tahu kehidupan gadis itu agak sosial.
“Ye, Ez terkejut jugak, tapi apa yang nak
dihairankan. Adra tu kan memang macam tu, mulut je kata sayang kat Ruzail, tapi
bila mamat tu sibuk dengan hal kerja. Mula lah dia nak fikir si Ruzail ada
perempuan lain. Overthinking sangat si Adra tu. Itu sebab dia fikir dia boleh
curang dengan boyfriend dia.”
“Biasa lah tu Ez, orang perempuan ni kan memang
terkenal dengan sifat manja. Dia bukan tak boleh nak faham kesibukan Ruzail,
ibu rasa dia tu sunyi, dia perlukan seseorang untuk sentiasa teman dia. Lagi
pula Adra tu tak kerja, lagi lah dia bosan.” Ezzaidi sudah terpinga-pinga
mendengar kata-kata bersahaja ibunya yang lebih kepada menyebelahi Adra Sofia.
“Mana boleh macam tu ibu. Dia dengan Ruzail bukannya
baru bercinta, dah bertahun-tahun dah. Kalau si Ruzail tak setia dengan dia,
selalu sakitkan hati dia, itu Ez boleh faham lah kenapa dia boleh curang. Ez
rasa si Ruzail tu sikit punya baik layan Adra macam princess, Adra tu je yang tak tahu nak menghargai.”
“Hmm… Ez tak cuba nasihatkan dia ke?”
“Tak payah cakap tentang nasihat la ibu, peril pun
Ez dah buat. Ez dah cakap macam-macam dengan dia. Tapi ibu pun kenal sendiri
kan dengan perempuan keras kepala tu, mana nak dengar cakap orang lain. Dia
rasa dalam dunia ni, apa yang dia buat tu semua betul.” ujar Ezzaidi dengan
wajah masam. Apabila bercakap tentang Adra, dia sedikit tertekan kerana sikap
gadis itu sukar untuk dijangka. Mengenali Adra adalah satu kebahagiaan, tetapi
dalam waktu yang sama dia juga geram dengan sikap sambil lewa gadis itu.
“Walaupun Adra tu sikap dia memang macam tu, susah
untuk diuruskan, tapi Ez tetap setia dengan dia kan?” soal Puan Laila bersama
sengihan. Bukan Puan Laila tidak perasan daripada cara Ezzaidi melayan Adra
Sofia setiap kali gadis itu mencari anak suadaranya itu, dia sudah dapat
mengagak Ezzaidi menyimpan perasaan terhadap gadis itu dalam diam.
“Dia kan kawan baik Ez dari dulu lagi. Mesti lah Ez
akan selalu ada dengan dia.” Jawapan mudah itu diberikan tanpa berfikir
panjang.
“Kawan baik tak semestinya kena ada dengan dia
setiap masa. Boleh ibu katakan, setiap kali Adra ada masalah, mesti Ez yang
akan tolong dia. Ez akan selalu jadi pendengar yang paling setia untuk setiap
masalah dia.”
“That's what bestfriends do, ibu.”
“Hmm… Tapi ibu rasa, Ez tak anggap Adra tu kawan
baik Ez kan?” Soalan serkap jarang yang diutarakan oleh Puan Laila membuatkan
Ezzaidi sedikit tersentak.
“Mana ada, pandai je ibu ni.”
“Ibu tahu lah Ez, ibu ni hidup lagi lama daripada Ez
tau. Kadang tu ibu perhatikan, walaupun Ez marah-marah Adra sebab selalu kacau
waktu Ez kerja, tapi Ez tetap luangkan masa untuk dia. Walaupun Ez tak suka apa
yang Adra buat, tapi Ez tetap setia sokong dia.”
“Hmm… Kalau Ez mengaku dekat ibu yang Ez sukakan dia
sekalipun, apa je yang Ez boleh buat ibu? Adra dah ada Ruzail, dan Ez tahu dia
sangat mencintai Ruzail. Cukup lah kalau Ez sentiasa ada dengan dia setiap kali
dia perlukan Ez. Cukup lah kalau Ez hanya dapat suka kan dia dalam diam. Dah
cukup buat Ez happy, bila tengok Adra
tersenyum ceria. Ez akui Ez tak suka dengan cara hidup dia, tapi kalau itu yang
boleh buat dia gembira. Apa lagi yang Ez boleh katakan ibu? Ez nak dia happy, tapi satu hari nanti, Ez harap
dia akan berubah.” Biarlah dia berterus-terang dengan ibu saudaranya itu.
Benar, sudah bertahun-tahun dia menyimpan rasa terhadap Adra Sofia. Sewaktu
mereka di bangku sekolah lagi dia sudah mula menyukai Adra Sofia. Namun dia
tahu, Adra Sofia tidak pernah menganggap dirinya lebih daripada seorang kawan
baik.
“Sampai bila Ez nak pendam perasaan dekat dia?
Sekurang-kurangnya bagi lah tahu dia, biar dia tahu apa yang Ez rasa. Ibu
kesian dekat Ez, ibu nak tengok Ez gembira sayang.” Lembut bicara Puan Laila
sambil menepuk lembut bahu Ezzaidi.
“Tak apa ibu, Ez lebih bahagia macam ni. Walaupun Ez
akui, kadang-kadang tu Ez pendam perasaan bila Adra selalu cerita pasal Ruzail.
Ruzail yang romantik, Ruzail yang selalu sabar dengan kerenah Adra. Ez tahu,
sampai bila-bila pun Adra tetap akan perlukan Ez sebagai seorang kawan baik,
bukan sebagai teman hidup.”
“Hmm… Tak apalah kalau itu kata Ez. Cuma, kalau ada
peluang untuk Ez berterus-terang dengan Adra, ibu rasa lebih baik Ez bagitahu
dia. Mana la tahu, dia pun ada simpan perasaan dekat Ez. Tapi takut Ez reject
cinta dia. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati Adra kan?”
“Hisy ibu ni. Tak mungkin la, Ez kenal Adra tu bukan
baru setahun dua tau. Ez tahu sangat lah taste
dia macam mana. Lelaki macam Ez yang tak ada apa-apa ni, memang dia tak pandang
langsung lah. Okey la ibu, dah lewat dah ni, Ez minta diri dulu. Esok Ez kena
buka kafe, kena bangun pagi sikit. Goodnight
ibu.” Puan Laila hanya mengangguk sambil tersenyum segaris. Seketika kemudian,
Ezzaidi segera menghilang dan berlalu ke tingkat atas menuju ke bilik tidurnya.
No comments:
Post a Comment