“Awak ni sweet juga kan, awak nak pujuk saya
dengan cara macam ni eh? Mesti awak nak tanya saya, nak tengok cerita apa kan?
Tahu dah.” Ujar Qalish Audrina dengan nada suaranya yang ceria. Selepas makan
bersama suaminya, lelaki itu membawanya untuk menonton wayang pula.
“Awak macam tahu-tahu
saja saya dah lama tak tengok wayang.”
“Siapa cakap aku ajak
kau pergi sini sebab nak tengok cerita apa yang kau nak? Aku yang ajak kau ke
sini, kau kena ikut selera aku. Cerita apa yang aku beli, cerita itu yang kita
tengok.”
“Ala awak ni, cuba
kalau sekali-sekala awak jadi romantik sikit? Bukan untuk orang lain pun, untuk
isteri sendiri juga.”
“Masalahnya kau kena
belajar terima suami kau yang tak tahu nak romantik ni, aku tak pandai lah nak
jadi macam Aaron Aziz dalam cerita Suamiku Encik Perfect10!. Tak payah nak
bayangkan drama melayu sangat lah.”
“Saya tak suruh pun
awak jadi sweet macam tu, but at
least awak belajar lah untuk jadi seorang yang lembut sikit. Ini kayu
sangat lah saya tengok, keras!” Ujar Qalish Audrina meluahkan ketidak puasan
hatinya. Kadang kala dia berasa seperti bersuamikan seorang manusia yang tidak
berperasaan pula.
“Tak ada masa lah nak
layan sikap perempuan yang mengada-ngada ni. Kau nak tengok cerita apa?”
“Memandangkan saya
penggemar tegar Hindustan, jom kita tengok Dilwale!” Ujarnya dengan wajah
teruja! Heronya Shah Rukh Khan sudah terbayang-bayang di pandangan matanya.
Tidak sabar mahu menonton cerita kegilaan ramai wanita itu.
“Kau ni tak ada cerita
yang lagi best ke kau nak tengok? Tak
payah lah, tengok cerita lain.” Qalish Audrina bertambah geram mendengar
kata-kata Nedzrish. Tadi lelaki itu juga bertanya dia mahu menonton cerita apa,
selepas itu sesuka hati sahaja Nedzrish mahu reject cerita kegemarannya.
“Awak, jom lah kita
tengok cerita tu. Serius best, awak
kena tengok dulu baru awak boleh komen tentang cerita tu.”
“Kau dah tengok ke?
Beria sangat cakap cerita tu best
kenapa?”
“Mesti lah belum! Sebab
tu saya ajak awak tengok. Sebab saya minat sangat dengan Shah Rukh Khan, handsome nya dia tu.” Ujar Qalish
Audrina dengan nada yang sangat teruja.
“Tak payah tengok
lelaki lain lah, aku ni kan ada. Tengok saja lah suami sendiri, Nedzrish Khan.”
Ujarnya seraya membuat wajah macho. Sengaja dibetulkan rambutnya yang
sememangnya sudah rapi di atas kepala.
“Eeee!
Nedzrish Khan? Tak kena langsung dengan awak!” Balas Qalish Audrina dengan
wajah menyampah. Ada ke patut Nedzrish menyamakan dirinya dnegan hero terkemuka
itu? Tak sesuai langsung!
“Dah, kau duduk sini
diam-diam. Aku nak pergi beli tiket.”
“Nak ikut!”
“Tak payah mengada lah,
kau pergi lah beli pop corn ke air ke
jajan ke. Pergi beli sana, jangan menyibuk.” Nedzrish menolak tubuh Qalish
Audrina yang turut sama mahu mengikutnya membeli tiket wayang.
“Eeee. Menyakitkan hati saja lah Rish ni!”
*******
Qalish Audrina
mengambil tempat bersebelahan dengan Nedzrish tanpa ada satu bicara keluar dari
mulutnya. Bengang dengan sikap Nedzrish. Sebentar tadi sebelum masuk ke dalam
panggung wayang, mereka suami isteri bertekak kerana Nedzrish memarahi Qalish
Audrina yang membeli pop corn. Beli pop corn saja, itu pun mahu jadikan satu
isu besar! Geram sungguh hati wanita itu terbakar kepanasan dengan sikap
Nedzrish.
“Walaupun panggung
wayang ni gelap, tapi aku tetap nampak muka kau yang tengah marah kan aku.”
Tiada respon. Qalish
Audrina mengeraskan dirinya, tanda protes.
“Alololo..
Muncungnya mulut dia, macam itik. Quack-quack.”
Nedzrish masih lagi tidak berpuas hati dengan layanan dingin isterinya, dia
mengusik isterinya sambil turut sama memuncungkan bibirnya.
“Tak payah nak buat
perangai tak semegah tu boleh tak?” Balasnya, dengan nada garang.
“Ingat kan nak buat
mulut itik sampai habis cerita ni.”
“Awak ni kenapa eh? Tak
boleh ke kalau layan saya elok-elok? Satu jam awak baik dengan saya, selama
23jam awak buat perangai yang menyakitkan hati saya tu. Sakit hati tahu tak!”
“Aku bukan nak marah
tak tentu pasal lah. Tapi kau ni suka sangat membazir. Aku tak suka. Membazir
kan amalan syaitan. Sebab tu lah aku marah.”
“Saya beli pop corn untuk kita makan sama-sama masa
tengok cerita ni. Itu pun dikira membazir ke?”
“Mana tak datangnya
membazir, kalau kau pergi beli 3 set pop
corn. Satu saja cukup lah. Boleh kongsi kan?” Gila sungguh isterinya!
Agak-agak lah nak membazir pun, ini dah macam nak suruh dia kena kencing manis
saja beli pop corn banyak-banyak.
“3 je, bukan saya beli
30 set pun. Lagi pun kalau tak habis,
kan boleh bawa balik rumah. Mana ada membazir.”
“Tak membazir kau
cakap? Kau tengok lah nanti, satu pun dah cukup lah sebenarnya. Kalau tak
habis, aku sumbat dalam hidung kau.”
“Nanti balik rumah saya
makan lah. Bising lah awak ni.” Ujarnya malas mahu bertengkar dengan lebih
panjang lagi. Qalish Audrina tayang wajah bosan apabila cerita masih lagi tidak
ditayangkan.
“Kita tengok cerita apa
ni? Kenapa lambat sangat nak tayang ni?”
“Starwars. Mana lah aku tahu, aku bukan nya kerja dekat sini.”
“Eeeee. Kenapa tengok cerita tu? Saya tak suka lah cerita macam tu,
banyak aksi. Tak seronok langsung.”
“Kau kena tengok dulu,
baru kau boleh komen.” Ujarnya mengajuk kembali kata-kata isterinya sewaktu
mereka berbual di luar panggung.
“Eleh! Ajuk cakap orang!”
“Aku rasa kan, kalau
nak tengok wayang semata-mata sebab nak tengok cerita Hindustan. Tak berbaloi
langsung. Lebih baik kau download
dekat internert, lepas tu kau tengok
lah sorang-sorang. Nak menangis ke nak terlentang sambil tengok cerita tu, tak
ada siapa kisah.”
“Awak kalau tak nak
tengok cerita tu, senyap tak boleh ke? Jangan nak komen macam-macam boleh tak.”
Bidas Qalish Audrina dengan nada marah. Sudah lah tidak dapat menonton cerita
yang digemarinya, lelaki itu sesedap rasa sahaja mengutuk minatnya.
“Dilwale!”
“Dilwale? Dia salah
panggung wayang ke?” Soal Qalish Audrina apabila terdengarkan suara seorang
perempuan yang tiba-tiba menyebut cerita Hindustan itu.
“Bukan dia yang salah
panggung wayang, tapi kau kot.” Ujar Nedzrish sambil tersenyum nakal.
“Kenapa pulak saya yang salah? Kan awak cakap
tadi, kita nak tengok cerita starwars?”
“Cuba kau tengok skrin
kat depan ni, cerita apa tu?”
“Dilwale??”
“Ya sayang, tengok lah
cerita yang kau nak tengok sangat ni. Aku nak tidur, nanti dah habis. Tolong
kejutkan suami kau ni. Jangan tinggal kan aku pulak.” Ujar Nedzrish dengan nada bersahaja. Qalish Audrina di
sebelahnya sudah terasa mahu memeluknya sahaja.
Alahai Nedzrish! Kenapa
lah perangai tu comel sangat. Jatuh cinta untuk kali yang ke berapa pun saya
tak tahu!
No comments:
Post a Comment