Topi keledar berwarna merah dicabut kasar lalu
diletak di dalam raga motorsikal jenama Honda Wave miliknya. Dengan langkah
gopoh gapah dia mengatur langkah menuju ke Bangunan Fakulti Pengurusan
Perniagaan. Jam tangan ditangan kirinya ditoleh sekilas. Sejurus kakinya ingin
melangkah masuk ke dalam kelas dan tangan kananyan ingin membuka pintu, dia
mengeluh panjang.
“Kunci lagi! Huh! Tak pergi kelas lagi aku hari ini.
Sia-sia je aku jadi rider tadi, nasib
baik tak mati katak.” Keluhan berat dilepaskan lalu dia segera berlalu
meninggalkan kelas dengan hati yang hampa.
Dengan langkah bersahaja dia mengambil keputusan
untuk mengisi perutnya di kafe yang terdapat di dalam kampus itu memandangkan
perutnya sudah berkeroncong hebat.
“Ha nak apa? I nak pergi kafe ni, you nak apa?”
Soalnya kasar sejurus dia mengangkat panggilan yang diterimanya.
“Kafe mana? I baru habis kelas, tak nak jumpa I ke?”
Suara dihujung sana sengaja dilembutkan. Sakit pula telinganya mendengarnya.
“Kafe nenek you.” Selamba dia membalas. Dia segera
menekan butang merah untuk mematikan talian. Suara dihujung sana sudah memekik
menejerit namanya, dia buat tidak peduli saja.
Beg sandangnya dihempas kasar ke atas meja. Selepas
selesai mengambil makanan, dia segera kembali ke meja untuk menikmati sarapan
pagi itu.
“Oh. I tak tahu pulak kafe ni I ada share, kalau macam tu I boleh makan free lah dekat sini.” Amelda Imani
menarik kerusi yang kosong lalu dia melabuhkan punggungnya. Wajah seseorang di
hadapannya yang nampak kusut itu dipandang penuh minat.
“Boleh, you boleh makan dekat sini sampai kafe ni
bungkus.” Dia tidak menghiraukan gadis di hadapannya yang tersenyum manis
menarik perhatiannya, sebaliknya dengan rakus dia menyuap nasi goreng ke dalam
mulutnya.
“You ni kan, asyik nak kusut je dua puluh empat jam.
Tak reti nak cool sikit. You tak nak
ajak I makan sekali ke?”
“Ni kan kafe nenek you, pergilah ambil sebaldi nasi
goreng ni makan sampai perut you buncit. Jangan kacau orang boleh tak?”
“I dah makan lah tadi. I saja je nak teman you
makan. Tak boleh?” Amelda Imani mengeluarkan I Phone 5s nya lalu diletak di
atas meja.
“Tak tanya pun you dah makan ke belum.”
“Rish, ni mesti you tak pergi kelas lagi kan? I baru
teringat sepatutnya jadual you hari ini ada kelas pagi pukul 10 kan? Kenapa you
tak pergi?” Gadis itu memetik ibu jarinya kerana dia baru teringat sesuatu.
Selalunya jadual teman lelakinya sentiasa ada di dalam kotak ingatannya. Namun
hari ini ingatannya tidak berfungsi seperti selalu.
“Dah tahu, apasal tanya? Kalau I pergi kelas, tak
ada lah I melanguk dekat sini. Nak kata bodoh, you tu budak law. Bijak sikit dari I, tapi selalu
tanya soalan tak mencabar minda.” Nedzrish Eskandar menjuihkan bibirnya. Dia
membelek penampilan kekasih nya yang nampak menawan mengenakan baju kurung
moden yang tidak pernah dipakai oleh gadis itu sebelum ini. Dalam diam Nedzrish
memuji teman wanitanya yang sememangnya memiliki potongan badan yang menarik.
“Yang you pandang I semacam tu dah kenapa? Cantik
kan I hari ini? Baju ni mama I yang belikan masa dia melancong dekat Singapura
bulan lepas.” Ceria sahaja gadis itu bercerita, namun Nedzrish sedikit pun
tidak menunjukkan reaksi minat untuk mendengarnya.
“Baju macam Kiah pekasam, corak ni buruk lah. Mata
you dengan mama you ni sama je, tak kreatif langsung.” Selamba sahaja dia
menuturkan kata-kata itu. Dia meneguk air sirap limau yang sudah tinggal suku
itu.
“Amboi you ni kan! Kalau satu kampus ni duk puji I
lawa, you sorang je cakap I ni buruk. You memang tak reti nak jaga perasaan
orang ke Rish? At least cakap lah baju
ni lawa, mama I beli jauh tau.” Amelda Imani sudah mencebik melihat reaksi yang
diterimanya. Dia sebenarnya sudah masak benar dengan perangai teman lelakinya
yang sudah dikenalinya sejak zaman diploma lagi. Meskipun kata-kata Nedzrish
Eskandar kadangkala dianggap melampau dan tidak berfikir dahulu sebelum
berkata-kata, namun dia tidak kisah. Sudah terbiasa dengan cara Nedzrish
sebegitu.
“Semua orang dalam kampus ni buta agaknya cakap you
lawa. Pada I kan, you ni boleh dikategorikan sebagai perempuan malap. Tahu
malap? I sebagai lelaki tengok you, tak melting
langsung.”
Amelda Imani mengetap bibir. Ada ke patut dia yang
dikatakan antara gadis hot di kampus
itu sebagai perempuan malap? Tak guna punya boyfriend.
Dasar kayu balak!
“Kalau I tak lawa, kenapa you couple dengan I?”
“Sebab you nampak macam desperate nak ada boyfriend.
I kesian je.” Ujar Nedzrish sambil tersengih. Dia memang gemar menyakitkan hati
kekasihnya, bukan dia tidak sayang. Mereka sudah bercinta hampir setahun lebih.
Amelda Imani mengejarnya sejak 3tahun yang lepas. Nedzrish sebenarnya tidak
pernah ambil peduli tentang kekasih hati memandangkan hidupnya sendiri tidak
terurus. Namun kerana keikhlasan dan kesungguhan gadis itu menunggunya sekian
lama, dia bersetuju untuk bermadu kasih dengan Amelda Imani. Perasaan sayang
hanya untuk Amelda Imani namun dia bukan seorang teman lelaki yang tahu untuk
menunjukkan rasa sayangnya terhadap teman wanitanya. Kerana itu Amelda Imani
selalu menggelarkannya “Kayu balak tin kosong”.
“Cakap dengan you memang boleh buat hati I ni
terbakar tiba-tiba tau. Apa alasan you kali ni tak masuk kelas? Minggu lepas je
you dah skip 3 kelas. You sedar tak
Rish?” Amelda sememangnya seorang teman wanita yang terlalu sempurna untuk
Nedzrish Eskandar. Dia tidak pernah jemu menasihati Nedzrish yang sering saja
tidak ke kelas atas alasan yang idak munasabah. Sikap Nedzrish yang tidak
serius dalam apa jua perkara yang dilakukan itu membuatkan Amelda Imani semakin
tertarik dengan lelaki itu.
“I bukan tak pergi. Tapi bila I sampai je Prof Zaini dah kunci pintu. Nak buat macam mana.
Sekurang-kurangnya I bertarung nyawa atas jalan raya tu nak pergi kelas. Kalau
I tahu dia nak kunci pintu, baik I tidur je kat rumah.” Balas Nedzrish tanpa
perasaan. Ais batu diteguknya sehingga habis.
“Dah tahu jalan jammed,
kenapa lah you tak guna kepala otak you tu? Kan I dah pesan, rumah you tu bukan
nya dekat. So you kena keluar awal. Dah berpuluh kali cakap benda sama.”
Seperti biasa, ayat itu yang sering didengari oleh Nedzrish setiap kali gadis
itu tahu dia tidak pergi ke kelas. Nedzrish hanya buat muka bosan dia sahaja.
“I lambat 15 minit je lah. Bukan I tak pergi
langsung. You ni tak payah lah nak memekak.” Nedzrish mulai rimas dengan
bebelan Amelda yang dianggap tidak terkesan apa-apa kepada dirinya.
“Banyak lah you punya 15minit “je”. You ni memang
tak pernah nak berubah kan? Rish, kalau you teruskan dengan sikap you macam ni.
Mungkin sampai bila-bila you ni terperap je dalam kampus ni.”
“Hei you. Sekurang-kurangnya walaupun I lambat grad, banyak repeat paper. I masih
lagi bertahan tau sampai sekarang ni, belajar course yang satu haprak pun I tak minat. Kalau orang lain rasanya first sem dah bungkus, balik kampung tanam sayur lah.” Dia bukan
ingin membangga diri, tetapi memandangkan kekasihnya sering saja membebel
mengenai hal sama berulang kali. Dia jadi rimas pula. Nedzrish tidak punya
minat langsung untuk menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan, namun
desakan daripada papanya tidak dapat dibantah sedikit pun.
“Yelah, dalam dunia ni memang you sorang je yang
betul. Orang lain semua salah. Pandangan you je yang bernas tau.”
“Tahu pun. You sepatutnya beruntung dapat boyfriend bijaksana macam I ni,
kawan-kawan seangkatan I grad on time.
I ni masih lagi dekat sini sampai janggut I ni dah nak cecah lutut you. Sampai
gigi I daripada masa mula-mula I masuk sini bersinar-sinar, sekarang dah
berkeladak.” Gurauan Nedzrish bersama wajahnya yang bersahaja mencuit hati
Amelda Imani. Gadis itu tergelak besar sehingga matanya berair.
“Bongok-bongok aku pun, aku selalu buat kau ketawa.
Aku ada je setiap masa kau perlukan aku, walaupun aku tahu aku ni
menjengkelkan. Kau suka tak jadi girlfriend
aku?” Nedzrish mengusik rambut Amelda Imani yang terselak sehingga menutup
sedikit wajahnya.
“Sukalah bongok! Dah, jom kita balik. You ada kelas
lagi tak lepas ni?”
“Ada lah gila. Habis tu tak kan aku ni kerja nya menghadap
muka kau je sampai bernanah mata aku ni? Dah, kau pergi balik dulu.” Ujar
Nedzrish dalam nada bergurau. Amelda Imani sudah memuncungkan bibirnya. Mereka
berjalan beriringan keluar dari kafe.
“Orang pun ada kelas lah. Balik nanti elok-elok,
jangan nak jadi rider sangat lah.
Motor pun motor cabuk besi buruk je. Bye Rish!” Amelda Imani menjarakkan
dirinya daripada Nedzrish. Dia bimbang lelaki itu akan menarik rambutnya kerana
kata-katanya sebentar tadi. Nedzrish hanya menayang wajah menyampah dari jauh.
“Nasib baik aku sayang kau Mel. Kalau tak, lama dah
aku biarkan kau terbiar kat tepi tasik.” Nedzrish segera mengatur langkah untuk
menuju ke kelasnya yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari.
****
Nedzrish baru sahaja mahu melangkah kakinya untuk
berlalu ke tingkat atas, dia sudah mendengar namanya dijerit daripada bawah.
Dengan langkah malas dia terus menuruni tangga lalu dihalakan kakinya ke arah
suara yang memanggil.
“Awal balik Rish? Tak ada kelas ke?” Soal Datin
Khalidah yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Nedzrish terus
mendapatkan mamanya lalu dikucup tangan ibunya penuh hormat.
“Tak ada ma. Kelas pukul 12 tadi cancel. Sia-sia Rish pergi kampus hari
ini. Kelas bukan ada pun. Membazir duit minyak je.” Nedzrish menghempas
badannya di atas sofa. Dia cukup benci kelas batal saat-saat akhir. Meskipun
itu adalah perkara biasa bagi pelajar kolej namun dia tidak suka perkara itu
dari dulu lagi.
“Yeke kelas cancel?
Bukan kau yang cancel kan kelas
sendiri? Datang lambat, memang lah dikatanya kelas cancel.” Dato’ Ezzudin tiba-tiba mencelah. Dia yang baru balik dari
bermain golf bersama rakan niaganya mengambil tempat disisi isterinya.
“Kenapa dengan papa ni? Kan Rish dah cakap kelas cancel. Kalau papa tak percaya, papa
boleh check whatsapp group kelas Rish ni. Orang cakap betul-betul, selalu
dituduh menipu.” Daripada dulu lagi Nedzrish tidak sebulu dengan papanya.
Pantang dua beranak ini bertemu, pasti akan ada persengketaan ataupun
perbalahan tercetus antara mereka berdua. Runsing Datin Khalidah melihat
perangai si suami dan anaknya.
“Yang cancel
tu kelas pukul 12 tadi. Bukan kelas pagi ni.” Dato’ Ezzudin bersuara keras.
Nedzrish masih lagi berbaring hanya membuat riak wajah biasa tanpa memandang ke
arah papanya yang sedang menenung wajahnya.
“Kelas pagi tadi tak cancel. Ada Rish kata dekat mama yang kelas pagi tadi cancel ke? Yang papa nak jadikan benda
ni isu besar dah kenapa? Papa ni memang tak pernah nak buat baik dengan Rish
kan?” Nedzrish Eskandar mulai bengang dengan sikap dingin papanya.
“Lain kali kau bagitahu dekat mama kau ni
terang-terang. Sebab mama kau ni mati-mati ingat anak dia ni pelajar cemerlang.
Pergi kelas menimba ilmu. Tapi tak sebenarnya. Kau hanya bazirkan duit papa
hantar kau belajar!” Dato’ Ezzudin mencampak kasar Galaxy Mega miliknya ke atas
meja. Mujurlah tidak hancur berderai telefon itu.
“Kenapa ni abang? Kenapa marah-marah Rish? Dia kan
baru balik, biarlah dia berehat dulu. Kalau dia ada buat salah pun,
nanti-nantilah cerita.” Datin Khalidah menepuk lembut bahu suaminya menenangkan
suaminya yang sudah mula naik darah itu.
“Prof Zaini call
papa bagitahu Rish dah lama tak masuk kelas dia. Test dia minggu lepas pun Rish tak ambil kan? Tanpa sebab
munasabah. Rish ni dah kenapa? Kenapa tak pernah nak serius dengan study?”
“Sebab Rish tak minat course ni. Papa yang sibuk sangat nak suruh Rish belajar course yang memang tak kena dengan jiwa
Rish. Pa tahu tak semua benda Rish buat ni terpaksa. Inilah hasil dia. Jangan
nak salah kan Rish pulak.” Nedzrish
Eskandar sudah bangun dari pembaringan. Dia duduk sambil menanggalkan tali
lehernya.
“Kalau Rish belajar betul-betul. Tak tunjuk protes
dekat papa, tak ada lah papa nak mengamuk sentiasa dengan Rish. Malu muka papa
ni bila berkali-kali Prof Zaini call
bagitahu pasal kamu. Kalau yang baik-baik je tak apa, ini perangai tak datang
kelas. Test dia selalu failed. Apa nak jadi dengan Rish ni?”
Dato’ Ezzudin kesal dengan sikap sambil lewa Nedzrish. Dia sendiri tidak tahu
dimana silapnya kerana dua orang anaknya iaitu abang dan kakak Nedzirsh
semuanya mengikut katanya dan tidak membimbangkan hatinya melihat kelakuan
mereka. Namun perangai anak bongsunya itu kadangkala begitu menguji
kesabarannya.
“Lepas ni papa ignore
je kalau mana-mana lecturer Rish call.
Susah apa kan? Susah jugak jadi anak
orang ternama ni, habis semua lecturer
kenal. Nak buat perangai pun payah.” Nedzrish Eskandar segera berlalu menuju ke
tingkat atas untuk merehatkan mindanya. Setiap kali bergaduh dengan papanya,
dia terasa seperti ada beribu batu di atas kepalanya. Begitu sesak dan
menyesakkan.
“Awak tengok lah perangai anak kesayangan awak tu.
Tak habis-habis dia nak jatuhkan air muka saya ni.” Bebel Dato’ Ezzudin sebelum
berlalu ke dapur untuk membasahkan tekak. Datin Khalidah hanya mampu menggeleng
melihat perangai anak bongsunya.
*****
“Hai Rish. Nyanyi lagu apa tu?” Soal Syaqilah yang
baru sampai daripada menghadiri seminar di Penang. Dia mendekati adiknya yang
sedang memetik gitar sambil duduk termenung.
“Kenapa tak balik tahun depan je? Tak payah balik
terus kan senang.” Nedzrish Eskandar memalingkan wajahnya daripada memandang
wajah kakaknya yang sedang tersenyum ceria kepadanya.
“Ala Rish, kan Syaq dah bagitahu yang Syaq tak dapat
balik semalam. Sejak bila Rish pandai merajuk ni? Sorry lah, papa tu tiba-tiba suruh Syaq jumpa dengan kawan niaga
papa sebab papa tak dapat datang.” Terang Syaqilah panjang lebar. Di dalam
rumah ini hubungan dia dan adik bongsunya cukup akrab sekali. Meskipun ada
sikap Nedzrish yang dia tidak gemar, namun dia lebih selesa bersama adiknya
berbanding dengan abang sulung mereka. Nazrief yang bersikap sedikit sombong
dan tidak seceria Nedzrish.
“Syaq dah janji semalam Syaq nak bawa Rish pergi
Papa Rich. Rish dah lah kempunan. Menipu lah Syaq ni.” Nedzrish memang manja
dengan kakaknya. Jikalau dengan abang dan papanya dia seperti menjadi orang
lain, bersikap dingin dan tidak banyak bercakap.
“Syaq tak sengaja lah. Bosan lah cakap dengan Rish
banyak kali. Tak faham bahasa.”
“Esok bawa aku pergi Papa Rich. Aku tak kira, kalau
kau tak tunaikan lepas ni kau cakap dengan batu.” Nedzrish kembali memetik
gitarnya dengan wajah selamba.
“Esok kerja lah budak. Tunggu lah hujung minggu ni,
Syaq bawa lah kau pergi mana yang kau nak pergi. Duit gaji aku memang untuk kau
pun.” Syaqilah menyiku lengan Nedzrish membuatkan si adik mengaduh kesakitan.
Dia kemudiannya meletak tepi gitar akustiknya.
“Macam ni lah gaya seorang kakak mithali, bukan nya
kau ada suami pun nak layan. Selagi kau tak kahwin ni, layan jelah kerenah adik
kau yang comel ni eh?” Nedzrish sengaja mengenyitkan matanya. Wajah Nedzrish
yang comel itu kadangkala membuatkan kaum wanita teruja melihatnya. Dia
memiliki rupa paras yang agak menarik, berwajah putih kemerah-merahan serta
hidungnya sedikit mancung. Wajah Nedzrish seperti remaja yang tidak matang itu
seringkali menjadi perhatian para pelajar di Universitinya.
“Baru nak mengaku aku ni kakak kau. Selama ni duk
panggil “Syaq, Syaq” Macam aku ni member
kau aje.”
“Tak payah nak kakak sangat lah setakat beza aku
dengan kau cuma setahun je. Geli aku nak berakak-akak dengan kau.” Nedzrish
Eskandar menjuihkan bibirnya. Dia gemar mencari gaduh dengan satu-satu kakak
yang dia punya.
“Geli-geli pun muka ni jugak yang selalu kau cari
bila kau ada masalah. Rish, Syaq dengar papa marah lagi dekat kau. Apa pulak yang kau dah buat?” Soal Syaqilah
teruja ingin tahu. Nedzrish Eskandar sering kali menaikkan darah papa mereka
dengan sikap sambil lewanya yang menggusarkan hati Dato’ Ezzudin.
“Macam lah Syaq tak kenal papa tu, mana pernah cakap
elok-elok dengan Rish. Asyik nak angin je bila nampak muka Rish ni.” Nedzrish
membuat riak wajah meluat apabila bercakap mengenai papanya. Dia sendiri tidak
tahu mengapa hubungannya dengan papanya seakan-akan tidak menemui jalan damai.
“Papa marah sebab kau tu suka buat masalah. Mana papa
tak sentiasa “bendera jepun” je bila dengan Rish.”
“Woi! Bendera jepun tu untuk perempuan yang datang
bulan jelah. Apa lah kau ni sama kan papa macam tu.” Nedzrish tergelak
mendengar kata-kata kakanya. Kalau diajak untuk mengutuk papanya, kakaknya lah
orang paling sempoi sekali.
“Betul apa. Bendera jepun tu sinonim dengan
perempuan sebab emosi perempuan yang terganggu masa datang bulan tu. Sama jugak
macam papa, bila jumpa kau je mula lah bertukar jadi hulk.” Balas Syaqilah sambil tersengih.
“Bongok lah kau ni Kak! Tapi perumpamaan kau tu tak
pernah lagi aku dengar, macam tak berapa nak sesuai je.”
“Mana nak tahu sebab fikiran kau tu tak berkembang. Macam
katak bawah tempurung. Cerita lah Rish, apa yang kau dah buat semalam?”
Syaqilah menepuk bahu Nedzrish lembut. Dia meleraikan getah rambut yang diikat
dirambutnya.
“Macam biasalah, Rish tak pergi kelas, ponteng
kelas. Oh lagi satu aku tak ambil test.”
Selamba badak dia menjawab seperti orang tidak buat salah.
“Hah?! Kau tak ambil test pasal apa? Kau ni kan, kalau tak suka course ni pun. Jangan
lah buat perangai gila macam ni. Tak suka sekalipun, pergi je lah jawab test tu.” Syaqilah menepuk kasar bahu
Nedzrish. Dia yang mendengarnya juga menjadi geram. Wajarlah papanya naik hantu
lagi.
“Perkara biasa apa. Rish tak minat gila subject tu, kalau jawab pun bukan nya
lulus.”
“Tak pergi lagi kau dah cakap kau tak lulus. Penat
lah tengok Rish tak habis-habis study ni. Tak ada rasa nak grad ke?” Nasihat
Syaqilah lembut. Kadangkala Nedzrish mahu mendengar nasihat daripada kakaknya
berbanding orang lain. Nedzrish selesa bersembang apa saja dengan kakaknya.
“Ada, tapi bukan grad dengan course yang Rish tak minat ni. Syaq tahu kan Rish belajar pun sebab
terpaksa. Dunia Rish dunia muzik. Bukan bisness.”
“Elok lah tu, kau pergi berangan sampai berjanggut
dengan dunia muzik kau yang tak kemana tu. Orang lain semua nak masa depan
cerah, ini kau tak ada masa depan dah aku tengok.” Entah bila Nazrief, abang
sulung mereka muncul. Tiba-tiba dia mencelah perbulan dua beradik itu. Wajah
Nedzrish sudah masam mencuka dengan kehadiran insan yang tidak disenangi itu.
“Abang Rief jangan sibuk hal Rish boleh tak? Suka
hati Rish lah nak berangan sampai bertanduk ke, nak buat apa pun. None of your business.”
“Macam mana aku tak sibuk, kau tu banyak menyusahkan
papa dengan mama. Hantar belajar tapi tak pandai-pandai jugak. Baik bagi kucing
belajar, lagi pandai dari kau agaknya.” Nazrief juga tidak mesra dengan
Nedzrish kerana dia benci sikap adiknya yang suka main-main dalam semua hal.
“Elok lah tu, nanti kau pergi hantar semua
kucing-kucing kat Malaysia ni pergi belajar sampai master. Mesti dia bijaksana
macam kau. Tapi harap-harap perangai tak ikut perangai kau lah.” Nedzrish
segera berlalu ke tingkat atas bersama gitar di tangannya. Syaqilah sudah
mengeluh halus kerana kehadiran abangnya sudah menganggu perbualan mereka.
“Abang ni memang suka kacau Rish kan? Annoying tak
habis-habis. Jaga jelah syarikat abang tu jangan sibuk hal orang lain!” Selesai
memarahi abangnya, Syaqilah turut mengikut jejak Nedzrish ke tingkat atas.
“Kakak dengan adik sama je. Perangai tak kena
langsung dengan jiwa aku.”
Cik penulis, mungkin kalau enter setiap perenggan mungkin lagi better..senang nak baca.
ReplyDeleteOh utk komen citer ni. Permulaan bagus
And waiting for next episode
Okay cik reader, Thanks for reading. Pasal setiap perenggan tu nanti saya betulkan semula. Thanks :)
Delete