Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 25 February 2017

Sandaran Terakhir Bab 19

Ezzaidi membawa Adra ke Abang Cafe yang terletak di Kampung Taman Sedia untuk mengalas perut. Adra tidak membantah, sebaliknya dia mengikut sahaja kemana lelaki itu ingin membawanya. Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berjalan. Meskipun dia datang ke sini untuk mencari ruang untuk dirinya sendiri. Tetapi kehadiran Ezzaidi yang begitu perihatin terhadap dirinya mengusik hati perempuannya.

“Hari ni you makan sikit jugak. Hmm… Ini bukan Adra Sofia yang I kenal.” Ezzaidi bersuara sambil matanya tertancap pada nasi lemak di pinggan yang hanya diusik sedikit oleh wanita itu.

“I tak ada selera.” Jawapan yang sama diberikan oleh Adra ketika dia makan malam bersama gadis itu, semalam.

“Makan lah sikit lagi, you cakap tadi you nak jalan-jalan dekat Ladang Teh kan? Macam mana nak ada tenaga, kalau you sarapan sikit sangat.” Ezzaidi memujuk lembut.

“You makan je lah Ez, jangan kisahkan I boleh tak?”

“Mana boleh I tak pedulikan you. You berada dengan I sekarang ni, apa-apa jadi dekat you, I yang kena bertanggungjawab tau. Makan lah sikit.” Ezzaidi menyua sudu ke mulut wanita itu. Demi untuk menjaga hati Ezzaidi, Adra membuka mulutnya dengan wajah masam.

“You ni manja lah, nak I suap ye?” 

“Tak payah! You makan je lah.” Adra kembali dingin. Namun, tidak lama kemudian dia mencapai sudu dan garfu untuk menikmati sarapannya.

“Macam tu lah, kesian perut you tu lapar. Perut you tak bersalah, jangan seksa diri you macam ni.”

“Ez, I serabut sangat ni. You boleh diam tak?”

“Kenapa? You fikirkan apa lagi? Cuba cerita dekat I.”

“Semua persiapan dah siap. Yelah, majlis I dengan dia akan berlangsung kurang dua minggu daripada sekarang. Kad jemputan semua dah edar. Memang lah Ruzail cakap yang dia akan bayar balik atas semua kerugian ni, sebab semua ni berpunca dari dia. Tapi maruah family I macam mana pulak? Dia fikir, duit yang dia ada boleh kembalikan maruah keluarga I? Keluarga I mesti malu besar bila orang tahu yang majlis kitaorang tak jadi.” Adra meluahkan kerisauan di hatinya. Ya, kalau hendak ikutkan, mahu sahaja dia memaksa Ruzail supaya bernikah dengan dirinya. Tetapi, apabila difikirkan semula. Untuk apa dia memaksa Ruzail jikalau hati lelaki itu sendiri sudah berpaling dari dia?

“Sebab itulah you kena balik KL. Bincangkan dengan family you.”

“Nak bincang apa? Perkahwinan tu tak akan berlangsung. Kalau ada suami ekspress sekalipun, I sanggup lah kahwin. Walaupun bukan Ruzail yang jadi suami I. Apa yang I fikir sekarang ni, majlis tu tetap akan berlangsung, sebab semuanya dah siap. I dah banyak susahkan mama dan ayah I. I tak nak lah kerana Ruzail, diaorang terpaksa tanggung malu.”

“You akan berkahwin dengan sesiapa pun asalkan majlis perkahwinan tu tetap berlangsung? You dah fikir sehabis baik ke ni Adra? I tahu you tengah frust, tapi tak perlu lah sampai you fikir macam tu sekali. I tahu family you mesti akan faham keadaan you. Diaorang tak salahkan you lah.” Ezzaidi menggeleng berkali-kali tanda tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh wanita itu.

“I tak nak keluarga I tanggung malu. Biarlah si Ruzail tak jadi nak kahwin dengan I. Tapi macam mana dengan semua persiapan? I tahu mama dan ayah I tak salahkan I sebab bukan I yang buat hal. Tapi ini soal I nak pertahankan maruah keluarga I. Apa kata para tetamu yang kitaorang dah jemput bila tahu yang majlis ni tak jadi? Tak kisah lah siapa pun pengantin lelakinya, majlis perkahwinan ini mesti dilangsungkan.” Adra tahu itu idea gila. Tetapi dia tidak sanggup untuk membiarkan kedua orang tuanya menanggung malu. Ini bukan perkara kecil.

“Adra, you kena fikir baik-baik sebab ini melibatkan masa depan you. You sendiri cakap dengan I kan, yang you tak boleh nak hidup dengan lelaki yang you tak cinta. Habis tu, apa yang you nak buat ni, you tak fikir ke kesannya nanti?”

“I tak peduli, asalkan I dapat selamatkan maruah keluarga I.”

“Betul you tetap nak teruskan perkahwinan ni walaupun tanpa Ruzail jadi suami you?” Ezzaidi menyoal, mahukan kepastian.

“Ye Ez. Untuk kali ni, I tak nak fikir tentang kepentingan diri I. I tak nak mama dan ayah kecewa. Lagi-lagi mama, dia yang beria-ria sangat siapkan itu ini untuk majlis perkahwinan kitaorang. I tahu dia mesti kecewa, sebab mama dah banyak habiskan masa untuk siapkan segala-galanya, tapi tiba-tiba tak jadi.”

“Okey, kalau macam tu. Kita kena balik KL sekarang.” Ezzaidi mengesat bibirnya dengan hujung tisu. Adra pula tercengang.

“Hah? I kan dah cakap dengan you I nak duduk sini lagi 2,3 hari. Kalau you nak balik, you baliklah.”

“Tadi you cakap you nak suami ekspress kan? Jom lah ikut I balik KL, kita bincang dengan family you. Tak boleh bertangguh lagi Adra, kita tak banyak masa.”

“Apa maksud you Ez?” Adra semakin tidak mengerti.

“I akan kahwin dengan you. I akan bantu you untuk selamatkan maruah keluarga you. Majlis perkahwinan you tetap akan berlangsung, I akan jadi pengantin lelakinya.” Ezzaidi memandang wajah Adra yang kelihatan tepinga-pinga itu. Ya. Dia serius untuk menggantikan tempat Ruzail kerana dia sangat mencintai wanita itu.

“What? You biar betul?”

“I tak main-main kalau ianya melibatkan you Adra.” Ezzaidi terus bangkit. Dia meninggalkan Adra yang masih lagi terkejut dengan apa yang baru disampaikan olehnya.

“Kahwin dengan you?!”







****
Petang itu juga, Ezzaidi bertemu dengan keluarga Adra untuk berbincang tentang niatnya mahu menggantikan tempat Ruzail. Dia tahu itu tindakan yang terlalu drastik kerana ianya berlaku sangat pantas. Kurang dari dua minggu lagi, dia akan menjadi suami kepada Adra Sofia, teman baiknya sendiri. Ah, tetapi apa yang dia perlu kisahkan? Hatinya sudah terlalu lama menyanyangi wanita itu. Apabila peluang terbentang luas depan mata, dia tidak seharusnya mensia-siakan peluang itu.
Pintu utama kediaman keluarga Adra dibuka dari dalam. Terjengul wajah Datin Zureen sebaik sahaja pintu dibuka. Adra segera bersalaman dengan ibu tirinya dan wanita itu memeluk kejap tubuhnya.

“Jemput masuk Ez.” Datin Zureen mempelawa tetamu yang tidak asing lagi dengan keluarga mereka. Bukan dia tidak tahu persahabatan akrab yang terjalin antara Ezzaidi dan Adra sejak dari dulu lagi.

“Uncle nak ucapkan teima kasih dekat kamu Ez. Sebab kamu tolong uncle untuk cari Adra. Terima kasih sangat.” Dato’ Haslan memulakan bicaranya.

Adra yang duduk disebelah Ezzaidi memandang wajah Dato’ Haslan dan Datin Zureen silih berganti. Jikalau selama ini dia tidak pernah rasa bersalah menyakitkan hati mereka berdua. Namun entah kenapa untuk kali ini, dia berasa kasihan melihat mereka berdua. Tidak sanggup membiarkan kedua orang tuanya menanggung malu kerana perbuatan Ruzail. Dia rela berkahwin dengan Ezzaidi walaupun dia tahu tiada sekelumit perasaan kasih buat teman baiknya itu.

“Tak ada apalah uncle, hal kecik je. Adra ni kawan baik saya, mesti la saya akan tolong uncle untuk cari dia. Kalau apa-apa terjadi pada dia, saya pun akan risau jugak.”

“Adra, lain kali jangan buat macam ni lagi. Risau mama dengan ayah bila Adra tiba-tiba menghilangkan diri.” Datin Zureen bersuara, meluahkan kerisauan di hatinya.

“Okey ma, lepas ni kalau ada apa-apa masalah, Adra akan cuba untuk tangani dengan tenang. Adra tak berniat nak buat mama dengan ayah risau.” Meskipun di hatinya sarat dengan rasa bersalah, namun seperti biasa. Adra Sofia bukanlah seorang manusia yang mudah untuk mengungkapkan kata maaf.”

“Sudah lah tu, perkara dah lepas. Adra pun dah selamat ada depan mata kita.”

“Oh ya ayah, tujuan Adra bawa Ezzaidi ke sini, sebenarnya ada perkara penting yang kitaorang nak beritahu dengan ayah dan mama.”

“Apa dia?” Dato’ Haslan dan Datin Zureen menyoal serentak.

“Macam ni uncle, aunty. Saya dah berbincang dengan Adra, dan kami dah bersetuju untuk teruskan perkahwinan ni. Sebab persiapan pun dah dilakukan, tetamu pun dah tahu tentang tarikh majlis ni akan berlangsung. So, kami berdua fikir, lebih baik kita teruskan aje majlis ni.”

“Macam mana nak teruskan? Pengantin lelakinya dah tarik diri. Ruzail kan tak nak teruskan perkahwinan ni.” Dato’ Haslan bertambah pening mendengar kata-kata Ezzaidi sebentar tadi.

“Adra, mama tahu Adra terlalu sayangkan dia. Mama tahu Adra masih tak boleh terima hakikat yang dia dah pergi dari hidup Adra. Tapi Adra, kita tak ada hak untuk paksa dia supaya teruskan perkahwinan ni.” Datin Zureen segera menyampuk.

“Bukan macam tu uncle, aunty. Maksud kami nak teruskan perkahwinan ni, bukan lah dengan paksa Ruzail untuk jadi suami Adra. Saya yang akan gantikan tempat Ruzail. Saya akan jadi suami Adra Sofia.”

Dato’ Haslan dan Datin Zureen sama-sama tercengang. Biar betul budak berdua ni?

“Hah? Kenapa pulak macam tu?” soal Dato’ Haslan tidak mengerti.

“Sebab Adra tak nak malukan ayah dan mama. Adra nak majlis ni tetap berlangsung, sebab kad jemputan semua kita dah edar. Nanti apa pula kata kawan-kawan mama dan ayah yang lain.”

“Adra, apa bezanya perkahwinan ini berlangsung atau tidak. Kalau kamu nak teruskan perkahwinan ni, pengantin lelakinya bukan Ruzail. Nanti tetamu akan mempersoalkan jugak.” Datin Zureen meluahkan pendapatnya.

“Soal kad jemputan dah edar tu, ayah dan mama akan usaha untuk beritahu mereka yang perkahwinan ni tak jadi. Adra tak payah lah fikirkan tentang kami. Perkara dah nak jadi, ini semua luar bidang kuasa kita.” Dato’ Haslan yang memahami anaknya sedang mengalami fasa kekecewaan, bertindak untuk tidak membebankan fikiran anaknya.

“Sebab itulah Adra nak teruskan perkahwinan ni. Adra tak nak menyusahkan ayah dan mama. Selama ni pun, segala persiapan untuk majlis kitaorang, ayah dan mama yang banyak uruskan.”

“Macam mana dengan kamu Ezzaidi? Kamu bersedia ke untuk jadi suami Adra? Soal kahwin ni, bukan perkara main-main. Kena fikir masak-masak, takut menyesal nanti.” Dato’ Haslan menyoal Ezzaidi. Dia sedikit ragu-ragu dengan lelaki itu kerana selama ini dia tahu Ezzaidi dan Adra hanya berkawan baik. Tidak melibatkan tentang perasaan sayang dan cinta.

“Saya tak kisah uncle, aunty. Saya pun bukan ada girlfriend. So, bila Adra bagitahu saya yang dia tetap nak teruskan perkahwinan ni, saya terus cadangkan supaya dia kahwin dengan saya. Kitaorang pun dah lama kenal. Tak salah rasanya untuk kami berkahwin.”

“Memang lah tak salah. Tapi macam mana kehidupan lepas berkahwin nanti?” soal Datin Zureen. Bukan dia tidak setuju, tetapi dia tahu Adra tidak mencintai Ezzaidi.

“Cinta boleh lahir dekat mana-mana uncle, aunty. Saya percaya ALLAH lebih tahu disebalik apa yang berlaku.”

“Kami cuma nak minta restu ayah dan mama.” Adra segera menyampuk. Mengahwini Ezzaidi merupakan satu hal yang tidak pernah terfikir olehnya. Namun demi untuk menjaga air muka kedua orang tuanya dan juga untuk mengelakkan dirinya diganggu oleh Nazhan, dia berani untuk mengambil keputusan ini.


“Kalau dah itu kata kamu berdua, kami tak ada apa-apa halangan, kami setuju.” Dato’ Haslan memberi kata putus. Datin Zureen pula hanya mengangguk, tanda dia turut bersetuju dengan kata-kata suaminya.

No comments:

Post a Comment