Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 7 June 2014

Kau kata Sayang?

Kalau kau rasa, perkataan sayang yang sering kau ucapkan
itu hanya lah sekadar manisan di bibirmu.
Lupakan sahaja.
Berhenti sakiti insan lemah yang bernama perempuan.

Kalau kau rasa sumpah setia yang kau taburkan pada dirinya
hanyalah cebisan kasih sayang yang tak bernilai,
Hentikanlah.

Perempuan mahukan disayang, dibelai, dicintai sepenuh hati.
Cukup sahajalah engkau tidak menyakiti hatinya,
Kalau kau tidak mampu menjadi penyebab kenapa dia
tersenyum sepanjang hari.
Berjanjilah pada hatimu untuk tidak melukai hati gadis kecil itu.

Kerana seorang perempuan,
Sekali hatinya terhiris pedih.
Jangan kau bermimpi untuk dapat peluang seperti mana peluang
pertama yang dia pernah beri pada engkau.
Sebab ianya tidak akan pernah sama.

Kau kata sayang,
tapi sebenarnya semuanya "sampah"

No comments:

Post a Comment