Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Thursday 8 January 2015

Doa buat Kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta
Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih
Yang dulu usah dirindu 
Hilangkanlah dari hatimu 
Doaku buatmu kekasih
Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
Wah.. Feeling betul aku melayan lagu ramli sarip ni sambil melantak pengat pisang buatan ibu tercinta. wah.. perfect combination. Heheheh.. Okay rasanya mesti lagu ni korang pernah dengar kan? Antara minat atau tak. Sebenarnya aku suka dengar lagu y ada maksud-maksud tersirat y boleh buat kita insaf sekejap and merenung diri sendiri. Pada aku lambakan lagu y ada sekrang ni bukan tak bagus tapi ianya lebih kepada membuatkan kita terhibur. kadangkala takada mesej pun dalam lagu tu. it just my opinion. bukan aku kata semua lagu baru takbest, no. aku pun remaja. membesar macam remaja y lain. melayan jugak lagu-lagu hits y tengah meletop letop kat radio, kat youtube skrang ni. bukan takada lagu y best and ada unsur nasihat tapi takberapa nak banyak. lagu lama-lama ni memg kalau dihayati bait bait lirik dia peh. superb beb.
Lagu doa buat kekasih ni dah berzaman berlalu tapi masih lg mendapat tempat di hati pendengar, meskipun tak sehebat dulu. tapi lagu ni masih lagi didngari. lagu malar segar memg best. dengar berkali kali pun tak bosan. okay, yang aku faham lagu ni mempunyai maksud y tersirat. Apa sahaja perkara y berlaku di waktu lampau kita adalah satu pembelajaran. ianya mengajar kita untuk menjadi lebih baik daripada semalam. tak kisah lah benda tu pahit ke manis ke kelat ataupun tawar, ia pernah terjadi dalam hidup kita. kalau kita pernah buat silap pada masa silam, tak kan kita nak mengulangnya kembali kan? sebab tu dalam lagu ni berbunyi " sejarah mengajar menjadi lebih dewasa" 
Zaman skrang bukan macam zaman mak ayah kita tok nenek moyang kita y tak banyak hiburan, y tak banyak teknologi canggih mcm sekrang ni. dunia dulu taksama langsung dengan skrang. semakin pesat pembangunan, semakin mencabar hari-hari mendatang. macam mana kita nak teguhkan iman di dada untuk menempuhi ujian-ujian y mendatang? dengan hanya internet, macam-macam kita dapat carik, kata orang, "internet di hujung jari" ya di hujung jari, kalau silap langkah, terjerumus dalam dosa ha" 
Dunia sekarang terlalu mencabar terutama untuk budak-budak muda. silap langkah, silap pilih kawan. habislah. gejala maksiat banyak sangat berlaku sekarang ni, kalau selak akhbar tu ha macam macam cerita kita boleh baca y melibatkan remaja. ini semua sebab apa? sebab tugu iman didada tidak cukup hebat untuk melewati dunia y kian canggih hari demi hari. Kita dah dewasa, kita boleh fikir y mana elok y mana tak elok. nak salahkan mak ayah lagi bila umur dah besar tapi takboleh nak fikir seiring dengan usia? kadang, mak ayah dah laksanakan tugasan sebagai seorang pencorak kehidupan anak-anaknya dengan baik. tapi sampai masanya, anak-anak pilih corak hidup mereka sendri. masih salahkan ibu bapa? Renung.
Kalau semua dah cukup, kasih sayang perhatian, didikan agama, nasihat bergelen-gelen. untuk apa lagi salahkan ibubapa? tunding jari pada diri sendiri y lalai dan leka dengan kemewahan yang disajikan oleh duniawi sehingga terlupa keindahan di akhirat kelak.
"Yang dulu usah dirindui, buangkan lah dari hatimu." Sesiapa y pernah hadir di masa silam kita, usahlah kau mengejar lagi bayangnya. kehadiran seseorang itu dalam hidup kita ada hikmahnya. setiap apa y terjadi ada pengajaran y tersendiri y Allah titipkan untuk menyedarkan kita. Bukan masanya untuk kita bersedih kerana cinta (untuk y masih belajar) jangan jadi hamba cinta, jangan tunduk pada cinta sebab cinta y tak halal tak akan bawa kau ke puncak bahagia. lupakan y pernah menyakiti hatimu, bangkit dari kekecewaan masa lalu, teruskan kehidupan macam biasa, bila sampai masanya ada jodoh, cinta y kau dambakan selama ni tak kemana. kebahagiaan pasti milik kita semua InsyaAllah cuma perlu banyak bersabar dan teguhkan ketaqwaan kepada Allah.
Till we meet again, maaf andai ada terkasar bahasa terguris terobek tercarik trhunus perasaan sesiapa sahaja dengan nukilan saya hari ini, moga kita semua berada dalam rahmat Allah. have a nice day

No comments:

Post a Comment